Friday, May 28, 2010

MLM memang Skim Piramid ???


Memang perbincangan skim piramid dan MLM bagai tidak dapat dipisahkan… perdebatan ini tidak akan berakhir walaupun ianya telah bertahun dibahaskan.

Saya juga tak merasakan yang topik ini akan kurang diperkatakan di masa akan datang. Kalau tak percaya, simpan e-mel ini dan baca sekali lagi 2 atau 3 tahun akan datang, dan lihatlah di pelbagai forum yang membincangkan perniagaan sebegini.

Jadi, betulkan MLM itu ialah sebuah skim piramid?

Sebelum saya jawab soalan ini, biar saya berikan 3 senario di bawah:

1. Sebuah kerajaan mempunyai seorang presiden atau perdana menteri, diikuti oleh beberapa menteri… dan wakil-wakil rakyat lain, ketua daerah dan sebagainya.

Cuba perhatikan…

Adakah jumlah perdana menteri lebih ramai dari menteri? Bagaimana pula jumlah menteri berbanding wakil rakyat… dan jumlah… anda tahu selebihnya bukan?

2. Sebuah syarikat mempunyai seorang CEO atau presiden, diikuti dengan naib presiden, direktor, pengurus dan lain-lainnya.

Berapa ramaikah bilangan direktor jika dibandingkan dengan jumlah pengurus?

Sudah tentulah jumlah direktor lebih rendah dari jumlah bilangan pengurus.

Bagaimana pula gaji presiden berbanding gaji seorang pengurus? Bolehkah seorang pengurus mempunyai gaji setinggi gaji pesiden? Tentu kucar-kacir pengurusan syarikat ini jika gaji presiden (orang paling tinggi dalam piramid) lebih rendah daripada gaji seorang pengurus.

3. Sebuah organisasi MLM mempunyai pemimpin yang mempunyai lebih ramai orang di bawah beliau dengan pelbagai pangkat yang lebih rendah. Beliau mendapat lebih banyak pendapatan daripada orang lain.

Walau bagaimana pun, tidak mustahil orang di bawah beliau menjadi lebih bagus dan menyamai atau mendapat lebih banyak pendapatan daripada beliau pada suatu hari nanti. Semuanya bergantung kepada usaha mereka membina sebuah piramid yang besar.

Jadi, apakah kesimpulan yang hendak saya buat di sini?

Senario manakah lebih adil?

Jangan anda tersalah anggap yang sesebuah organisasi piramid itu adalah menyalahi di sisi undang-undang. Yang salahnya ialah skim cepat kaya yang menggunakan piramid untuk menindas orang bawahan.

Sebenarnya, organisasi yang berbentuk piramid adalah sebuah organisasi yang kukuh. Jika tidak, sebuah negara mungkin akan tumbang. Ekonomi negara akan ke belakang, dan orang akan terus gagal di dalam bisnes.

Masalah piramid dan MLM sepatutnya difahami dengan betul… dan bukannya mengambil kesimpulan yang MLM adalah sebuah piramid yang menyalahi undang-undang.

Jadi, betulkan MLM itu sebuah piramid?

Ya, MLM ialah sebuah piramid tetapi tidak semestinya skim piramid atau skim cepat kaya yang menyalahi undang-undang. Kerajaan kita juga berbentuk piramid, syarikat swasta dan kerajaan juga berbentuk piramid. Mungkin keluarga anda juga berbentuk piramid.


ikhlas,

Mohd Idham Bin Ismail

013-8907123

Alpha Lipid & Slim Diet 2 Distributor