Tuesday, March 16, 2010

Kelebihan SDII Berbanding Produk Lain


Kelebihan SDII Berbanding Produk Lain

1. Selamat dan efektif kerana bersumberkan alam semulajadi.
2. Memegang rekod dunia penurunan berat badan sebanyak 64kg dalam masa 1 bulan.
3. Berdasarkan jumlah jualan di Asia-Pasifik sahaja, Slim Diet II telah berjaya menurunkan sebanyak 6000 tan lemak di seluruh dunia sepanjang 21 tahun di pasaran.
4. SDII adalah program pelangsingan badan yang pertama di dunia yang mengamalkan teknik diet karbohidrat rendah.
5. Penurunan berat badan pada kadar 250g-500g setiap hari.
6. Pada setiap 500g lemak yang dibakar ditukarkan menjadi tenga kepada 3000 kalori.
7. Tiada masalah kulit kendur & berkedut kerana SDII berasaskan protein soya.
8. Tidak perlu berlapar. Program SDII mewajibkan anda makan 3 kali sehari.
9. Membantu mengurangkan masalah kesihatan berkaitan obesiti.
10. Menjimatkan, mudah, & terbukti berkesan.

Mohd Idham Bin Ismail
Health Consultant ( Physiotherapy )
Exe Club.
013-8907123

MLM MAMPU MENJANA 1 JUTA PERTAMA ANDA!

Menjadi pengedar MLM merupakan pengalaman paling berharga dan paling indah buat saya. Saya sentiasa menetapkan matlamat untuk menjana 1 juta pertama saya melalui perniagaan MLM ini (anda juga harus menetapkan matlamat anda dalam apa jua perniagaan sekali pun). Menjalankan perniagaan dalam MLM amat mudah asalkan kita menggunakan sistem yang betul dan diduplikasi oleh ahli dalam rangkaian kita. Antara perkara yang saya amalkan ialah:

Berhubung rapat dengan mentor anda

Sentiasa dekati kumpulan-kumpulan upline anda yang mampu menjadi mentor yang bagus tanpa rasa segan dan timba seberapa banyak ilmu daripada mereka. Tiru cara mereka bekerja, berucap dan berniaga. Anda telah melabur sebagai pengedar MLM, maka sememangnya menjadi kewajipan upline untuk membantu anda dalam bisnes ini. Jikalau terdapat masalah, berhubung terus dengan upline. Semakin lama anda berhubung dengan upline, mahu tak mahu keyakinan dan pencapaian anda dari segi pendapatan dalam bisnes ini akan semakin luar biasa bagus!

Bina kumpulan pengguna produk anda!

Kekalkan kesetiaaan pengguna dan cari pengguna baharu setiap hari. Siapakah kumpulan pengguna produk anda ? Mereka ialah kumpulan yang tidak mahu menjalankan bisnes. Jangan buat kesilapan yang seringkali dilakukan oleh kebanyakan pengedar: mula-mula anda jual kepada kumpulan ini, kemudian anda cuba naik taraf (upgrade) mereka menjadi pengedar. Hasilnya: anda akan menakutkan golongan pengguna ini menyebabkan mereka menjauhkan diri daripada anda. Mengapa hal ini berlaku? Kerana mengikut kajian, dalam dunia ini, 90% populasi manusia ialah jenis ’tak mahu menjual’ tetapi mereka merupakan pembeli yang bagus. Manakala hanya 10% manusia benar-benar ’suka menjual’. Jadi, jangan jejaskan perhubungan anda dengan 90% populasi manusia yang suka membeli ini. Sebab itulah, dikatakan 9 daripada 10 pintu rezeki datangnya daripada perniagaan! Jangan buang masa memaksa kumpulan 90% ini berniaga sebaliknya mari kita cari 10% lagi yang amat ’suka menjual’ untuk menjadi pengedar aktif. Jadi, dari manakah datangnya kata-kata karut bahawa pasaran Malaysia sudah tepu dengan produk anda? Sudahkah anda kongsi kebaikan produk anda dengan 90% (23 juta) orang rakyat Malaysia?

Konsisten, konsisten dan konsisten!

Dalam mana-mana bisnes pun, kita perlu konsisten. Peniaga menjual pisang goreng di tepi jalanpun perlu hari-hari buka gerai. Begitu juga dalam bisnes MLM (malahan mana-mana bisnes pun). Konsisten dalam berkongsi kebaikan produk, konsisten dalam menjalankan follow-up kepada para pengguna dan paling penting gunakan produk anda setiap hari! Tetapkan matlamat kepada diri sendiri bahawa anda memberi masa kepada diri sendiri selama 2,3 atau 4 tahun untuk menjadi jutawan MLM. Jangan jalankan bisnes ini untuk ’test market’ untuk sekadar ’balik modal’. Jalankan perniagaan ini kerana anda adalah businessman yang komited dan akan menjadi jutawan MLM! Kesemua perniagaan ada cabaran dan halangan. Jadi, hadapinya dengan profesional dan dapatkan bantuan mentor anda.

Sedia belajar

Inilah perkara yang paling sukar untuk dilakukan oleh kebanyakan pengamal MLM iaitu belajar. Masalahnya ialah apabila dalam hati mereka ini seringkali melaungkan satu slogan pemusanah motivasi iaitu ”I know that..!”. Mulai hari ini, tukar slogan ini kepada ”I want to know more…!” setiap kali BOP atau program-program dijalankan oleh leader anda. Contohnya kalau anda ingin naik pangkat dengan kenaikan gaji RM20 setahun sahaja pun (bekerja makan gaji) anda perlu hadiri kursus-kursus dan mengambil peperiksaan yang memecahkan kepala! Bagaimana pula kalau anda ingin menjadi seorang businessman yang bakal menjadi seorang jutawan? Haruslah dibayar dengan begitu banyak pengorbanan (keluar dari zon selesa) iaitu kesediaan mahu belajar dan jangan bermalas-malasan di rumah!

Beza menjual dan berkongsi

Ada antara kita malu berkongsi kebaikan produk kepada orang ramai di luar sana. Dalam hati selalu berkata ”Dengan siapa aku nak jual produk aku ini?”. Mulai hari ini tukar ayat ini kepada ”Dengan siapa aku nak tunjukkan peluang untuk sihat dan menjana pendapatan lebih ni?”. Inilah bezanya antara menjual dan berkongsi. Jika niat kita ingin menjual, kita akan kelihatan seperti salesman. Jikalau niat kita ingin berkongsi kebaikan, kita akan kelihatan seperti seorang businessman. Kedua-kedua situasi ini akan memberikan dua body language yang berbeza tanpa kita sedari! Dalam MLM, produk kita amat eksklusif maka cara kita berkongsi juga adalah secara profesional dan jujur. Jangan sekali-kali malu atau takut untuk memperkenalkan produk anda kepada orang di luar sana kerana sudah tentu produk anda amat berkualiti! Jadi, apa yang nak ditakutkan atau dimalukan menjadi pengedarMLM ?

Kesimpulannya, belajarlah dan selidiklah rahsia bagaimana leader-leader anda bertahan cukup lama dengan penuh cabaran dalam sesebuah syarikat MLM. Peringatan, jauhkan diri anda daripada mereka yang seringkali melaungkan kata-kata mengarut untuk melemahkan semangat anda dalam perniagaan ini. Sebaliknya dekatkan diri anda kepada mereka yang berfikiran positif dalam perniagaan ini. Ingat, mengikut kajian, pendapatan kita adalah purata pendapatan 6 orang kawan-kawan rapat kita! Jadi, berkawanlah dengan mereka yang berfikiran positif! Kerana hanya orang yang berfikiran positif mampu menjadi jutawan MLM!

Alpha lipid lifeline merupakan produk paling UNIK dan Repeat Order yang Sungguh mengejutkan saya semasa saya terlibat dengan Perniagaan ini.. Komisen yang lumayan disertakan lagi dengan Royalty Bonus setiap 6 bulan berbentuk WANG DALAM BEG JAMES BOND!!! Sunggu menarik.. Bersama kami menjana pendapatan di Http://www.alphalipidbiz.net . register percuma dan anda hanya perlu upgrade VIP untuk bergabung dengan kami .. Anda bersama kami SETAHUN dalam bisness ni, Insyallah TSUNAMI CASH!~

Http://www.alphalipidbiz.net


RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BELAJAR

ikhlas,

Mohd Idham Bin Ismail ( Ruby Exe )

013-8907123

Thursday, March 4, 2010

Untuk Berjaya Dalam Perniagaan

http://mazlienadzri.com/wp-content/uploads/2010/01/Untitled-5.jpg

Untuk berjaya dalam perniagaan, seseorang perlu bermula dari bawah. Pengalaman adalah guru terbaik bagi seorang usahawan. Pengalaman hanya dapat diperolehi dengan melibatkan diri dalam urusan jual beli dan pemasaran.

Menjual barang ataupun memberikan perkhidmatan memerlukan kita berkomunikasi. Seseorang usahawan perlu menguasai teknik berkomunikasi yang berkesan, memahami psikologi dan keperluan pasaran.

Cara terbaik mendapatkan pengalaman dan kemahiran ini adalah dengan belajar menjual produk orang lain ataupun ringkas kata, menyertai kami Berkongsi Produk ALPHA LIPID dan SLIM DIET 2. Dengan menyertai Program MLM secara tidak langsung mendedahkan seseorang itu dengan pelbagai karenah dan perangai pelanggan. Kerana anda juga memerlukan proses promosi dan memilih produk yang menjadi permintaan pasaran. Anda tidak boleh mempromosi produk tanpa mengenalpasti kehendak pasaran.
Dengan cara ini akan dapat dapat membina kematangan seseorang sebelum mereka memulakan perniagaan sendiri. Seseorang yang baru memasuki bidang perniagaan internet perlu belajar kaedah berniaga yang praktikal bukan teori semata-mata.

Itu sebab ramai yang gagal, mereka hanya mengetahui teori, sedangkan apabila ia dibawa ke dunia perniagaan yang sebenar, mereka gagal. Dunia perniagaan penuh dengan pelbagai cabaran, persaingan dan tipu muslihat. Tidak hairanlah pelajar lulusan perniagaan dari universiti gagal menjadi usahawan yang berjaya.

Apabila sesorang melangkah ke dalam dunia perniagaan internet, mahu atau tidak mahu, dia terpaksa berdiri di atas kaki sendiri. Kejayaan ditentukan oleh daya usahanya sendiri. Seseorang itu perlu berani, kreatif, tidak mudah mengalah dan sanggup berusaha.

Dalam perniagaan, untung dan rugi adalah satu perkara biasa. Sudah diketahui, tidak ada jaminan yang seseorang akan mendapat untung pada setiap masa. Tanyalah mana-mana usahawan internet, mereka juga pernah rugi, produk tiada pembeli dan sebagainya. Ini saat-saat yang perlu mereka hadapi, kerana ianya diluar jangkaan. Perkara ini akan membuatkan seseorang itu bertambah matang dalam perniagaan. Yang penting adalah pengalaman dan pendedahan.

Tetapi tidak bermakna seseorang itu tidak boleh belajar daripada orang lain. Belajar dahulu kemudian buat mungkin mengambil masa yang lama.

Ikhlas,

MOHD IDHAM ISMAIL
Health Consultant / Ruby Exe /Physiotherapy
013-8907123