Thursday, March 4, 2010

Untuk Berjaya Dalam Perniagaan

http://mazlienadzri.com/wp-content/uploads/2010/01/Untitled-5.jpg

Untuk berjaya dalam perniagaan, seseorang perlu bermula dari bawah. Pengalaman adalah guru terbaik bagi seorang usahawan. Pengalaman hanya dapat diperolehi dengan melibatkan diri dalam urusan jual beli dan pemasaran.

Menjual barang ataupun memberikan perkhidmatan memerlukan kita berkomunikasi. Seseorang usahawan perlu menguasai teknik berkomunikasi yang berkesan, memahami psikologi dan keperluan pasaran.

Cara terbaik mendapatkan pengalaman dan kemahiran ini adalah dengan belajar menjual produk orang lain ataupun ringkas kata, menyertai kami Berkongsi Produk ALPHA LIPID dan SLIM DIET 2. Dengan menyertai Program MLM secara tidak langsung mendedahkan seseorang itu dengan pelbagai karenah dan perangai pelanggan. Kerana anda juga memerlukan proses promosi dan memilih produk yang menjadi permintaan pasaran. Anda tidak boleh mempromosi produk tanpa mengenalpasti kehendak pasaran.
Dengan cara ini akan dapat dapat membina kematangan seseorang sebelum mereka memulakan perniagaan sendiri. Seseorang yang baru memasuki bidang perniagaan internet perlu belajar kaedah berniaga yang praktikal bukan teori semata-mata.

Itu sebab ramai yang gagal, mereka hanya mengetahui teori, sedangkan apabila ia dibawa ke dunia perniagaan yang sebenar, mereka gagal. Dunia perniagaan penuh dengan pelbagai cabaran, persaingan dan tipu muslihat. Tidak hairanlah pelajar lulusan perniagaan dari universiti gagal menjadi usahawan yang berjaya.

Apabila sesorang melangkah ke dalam dunia perniagaan internet, mahu atau tidak mahu, dia terpaksa berdiri di atas kaki sendiri. Kejayaan ditentukan oleh daya usahanya sendiri. Seseorang itu perlu berani, kreatif, tidak mudah mengalah dan sanggup berusaha.

Dalam perniagaan, untung dan rugi adalah satu perkara biasa. Sudah diketahui, tidak ada jaminan yang seseorang akan mendapat untung pada setiap masa. Tanyalah mana-mana usahawan internet, mereka juga pernah rugi, produk tiada pembeli dan sebagainya. Ini saat-saat yang perlu mereka hadapi, kerana ianya diluar jangkaan. Perkara ini akan membuatkan seseorang itu bertambah matang dalam perniagaan. Yang penting adalah pengalaman dan pendedahan.

Tetapi tidak bermakna seseorang itu tidak boleh belajar daripada orang lain. Belajar dahulu kemudian buat mungkin mengambil masa yang lama.

Ikhlas,

MOHD IDHAM ISMAIL
Health Consultant / Ruby Exe /Physiotherapy
013-8907123

No comments:

Post a Comment