Wednesday, April 7, 2010

Anda Terlalu SIBUK?

It is not enough to be busy, so are the ants.
The question is, "What are we busy about"? Henry David Thoreau


Ramai orang merungut dan memberitahu mereka terlalu SIBUK! Takde masa!
Macam-macam alasanlah. Sebenarnya apa yang anda SIBUK tu? What are you busy about?
Adakah busy anda itu membawa ke arah mencapai matlamat yg bermakna dalam hidup anda?
Atau sekadar menyibuk aja?
atau anda sebenarnya terlalu sibuk membuat perkara yang TIDAK penting dalam hidup anda, iaitu perkara yang tidak memberi banyak manfaat kepada anda.
Contoh: sibuk menonton tv, sibuk sembang kedai kopi, sibuk main facebook! sibuk chatting, sibuk bergosip atau mengumpat. Sibuk berpolitik?

Macam-macam jenis sibuk lah dalam dunia ni.
Tapi bagi orang yang BERJAYA, mereka sibuk benar benar sibuk dengan aktiviti yang membawa mereka ke arah kejayaan mereka, ke arah CITA CITA dan IMPIAN mereka.
Mereka sibuk membina masa depan.
Sedarlah saudara/i bahawa Tuhan bagi masa 24jam sehari setiap orang, terpulang kepada kita apa nak buat dengan masa tersebut.

Sebab itu Allah berfirman "Demi Masa..." (wal asr')

Pastikan sibuknya anda sibuk yang mendatangkan faedah kepada anda, sibuk dengan aktiviti yang membawa kejayaan buat anda.
Jauhilah mereka yang suka membazir, iaitu membazir masa dengan perkara tidak berfaedah.


Hubungi,
Mohd Idham Bin Ismail
Exe Club /Physiotherapy
013-8907123

No comments:

Post a Comment