Wednesday, June 24, 2009

7 PERKARA BENAR DLM NZ NEW IMAGE


7 Perkara Benar Dalam NZ New Image Network Marketing
Saya ingin mengulas sedikit tentang ebook The 7 Great Lies of Network Marketing. Setelah beberapa kali membaca & mengaitkannya dengan MLM bersama NZ New Image, saya rasa terpegun. Ebook tersebut sebenarnya menyatakan secara umum kebiasaan “ayat-ayat power” yang digunakan untuk merekrut atau menarik minat bakal MLMer.
Huraiannya cukup baik, namun begitu tidak semua boleh diambil begitu sahaja jika kita menghayati kekuatan sesebuah syarikat MLM. Seperti yang saya beritahu tadi, 7 penipuan besar yang dinyatakan dalam ebook tersebut adalah bagi kebanyakan syarikat MLM di dunia ini. Ia lebih kepada pengajaran kepada MLMer sendiri, bagaimana syarikat MLM mudah terkubur kerana ahlinya tidak berjaya mengubah 7 penipuan besar itu menjadi sebaliknya.7 Perkara Benar Dalam NZ New Image Network Marketing (7 Great Trues of Network Marketing in NZ New Image):
#1 Sesiapa sahaja adalah prospek anda... Jika menaja adalah perkara no.2, kerana sesiapa sahaja akan mendapat faedah kesihatan jika mengamalkan Alpha Lipid sebagai makanan tambahan yang berkhasiat. "Kolostrum adalah SELAMAT. Ia telah disediakan oleh alam semulajadi sebagai makanan awal mamalia. Adalah sukar untuk membayangkan makanan tambahan lain yang lebih semulajadi dan berfaedah." - International Institute of Nutritional Research, USA. Sesiapa sahaja yang telah mengamalkan Alpha Lipid ini tentu telah merasai perubahan dengan izinNya. Mereka pula akan mudah untuk menawarkan diri untuk mendapat harga istimewa sebagai ahli.
#2 Ini sebenarnya perkongsian bukan menjual semata-mata... Mana tidaknya, ramai ahli yang membeli untuk orang lain kerana tidak berkira sangat tentang untung runcit. Mereka sama-sama membeli, ahli membeli dari syarikat untuk kegunaan sendiri & menjadi perantara kepada “customer” yang membeli. Ahli tidak semata-mata menjual kerana dia juga perlu kelihatan lebih sihat daripada “customer”nya.
#3 Sesiapa sahaja boleh melakukannya... Jika kita telah faham Network Marketing kita akan mengakuinya. Seperti tulisan saya sebelum ini, kita sebenarnya telah melakukannya sejak kecil lagi. Berkomunikasi menyampaikan sesuatu maklumat, bercerita sesuatu yang menyeronokan, menonjolkan peribadi untuk menarik perhatian & sebagainya. Itulah maksud tersirat Network Marketing, sifat semulajadi manusia untuk berhubung & saling memerlukan untuk memenuhi keperluan/kehendak kehidupan.
#4 Kami akan bina perniagaan untuk anda... Ia menjadi penipuan besar jika anda tidak mengakui anda telah menyertai NZ New Image. Atau anda tidak mahu berkongsi apa-apa cerita tentang Alpha Lipid. Jika anda berbuat demikian, bermakna anda sebenarnya tidak mengizinkan NZ New Image membina perniagaan anda. Syarikat & ahli koperat di dalamnya telah menyediakan produk, plan perniagaan, bonus, royalti & pelbagai kemudahan lain untuk ahli mengembangkan perniagaannya. Syarikat hanya menyediakan/membina perniagaan untuk ahli, terpulang kepada ahli untuk mengembangkannya. Bukan ahli tidak dibenarkan sama sekali menjalankan perniagaan ini.
#5 Kami ada produk terbaik setakat ini... Ia satu realiti dan bukan suatu kebanggaan atau menjadi satu kesombongan. Ia adalah hasil penyelidikan yang lama dan masih berterusan agar mutunya dapat dikekalkan & ditingkatkan. Ujian demi ujian klinikal yang dilakukan oleh saintis-saintis menunjukan hasil yang positif dan memberangsangkan. Formula khas Alpha Lipid yang dipaternkan menjadi tanda produk ini tidak boleh dihasilkan semula (ditiru) tanpa kebenaran pihak syarikat. Pihak ketiga juga mengakui akan keberkesanan produk ini. Siapa pihak ketiga? Pengguna yang tidak menjadi ahli, terdiri dari sesiapa sahaja yang mengetahui kebaikan sumber kolostrum.
#6 Anda sebenarnya masih belum cukup yakin... Ya! Anda tidak akan tahu jika anda tidak mencubanya. Seperti yang sering dikatakan oleh En. Nik Hafiz, “Anda sendiri jadi hakim..” dalam nada yang bersungguh walaupun loghat Kelantan nya masih ketara. Anda perlu cuba, atau pun jika anda takut, anda suruh orang lain cuba & tanya apa perasaannya. Insya Allah, tiada yang dapat menyembuhkan dimuka bumi ini melainkan dengan izinNya jua. Jika anda telah yakin dengan sendirinya anda akan bercerita dan bergerak tanpa disuruh atau diarah untuk berkongsi maklumat ini.
#7 Sistem yang telah terbukti... Tiada yang mustahil jika masih ada manusia yang ingin kehidupan yang sihat. Bagi menjamin kelangsungan perniagaan anda, pelbagai penghargaan dan bonus menanti anda. Jika ada orang yang mahu mengakui cerita anda pun sudah menjadi harapan baru untuk anda apatah lagi setelah mendapat ganjaran pendapatan hasil usaha anda selama ini. Walaupun pada permulaan hanyalah puluhan ringgit, itu sudah cukup menunjukan usaha anda mendatangkan hasil. Tidak mustahil ia akan terus membiak dan membesar kerana sistem membawa anda keatas dan tiada turun pangkat atau sebagainya (kecuali anda melanggar syarat keahliaan sebagai MLMer). Akan lahir individu yang berjaya setiap hari hasil perniagaan ini, akan bertambah mereka yang mendapat cek setiap bulan, akan berduyun-duyun ahli yang menyambut wang royalti, dan akan ada lagi jutawan baru setiap tahun. Insya Allah.Dengan niat ikhlas kerana agama, bangsa & negara marilah kita perbaiki kehidupan kita hari ini kepada yang lebih baik pada masa akan datang.
petikan daripada blog SAPRI
hubungi saya
Mohd Idham Ismail
013-8907123

No comments:

Post a Comment